Thursday, October 27, 2016

Arrouha™ Gallery Signboard

Alhamdulillah
Signboard yang setelah lama ditempah telah pun siap sepenuhnya untuk pemasangan. Signboard ini dipasang pada Arrouha™ yang kini sedang dalam proses renovation untuk dijadikan sebagai Arrouha™ Gallery yang akan menyambut tamu dengan lebih selesa.
IMG_0579.JPG
Signboard ini ditempat dari EdyDesign iaitu hanya dari kedai bersebelahan.
IMG_0595.JPG
Lihat sajalah gambar yang diambil pada waktu malam, cantik bukan?? 
smiley-face-thumbs-up-smiley_with_thumbs_up

Sunday, October 23, 2016

Berita Harian : Memanah Hidupkan Sunnah

Memanah asalnya bukanlah sejenis sukan atau riadah, tetapi aktiviti itu dipercayai sudah wujud sejak zaman prasejarah sebagai carfa survival masyarakat kuno, khususnya bagi tujuan perburuan, menghadapi musuh dalam perperangan dan melindungi diri dari pelbagai ancaman.
Selain menjadi acara sukan, aktiviti memanah semakin diminati sebagai kesinambungan daripada sunah Rasulullah SAW yang disandarkan daripada sirah Baginda serta Sahabat yang menjadikannya sebagai aktivit riadah.
bowman
552.jpg
Malah pasukan perang pada zaman Rasulullah SAW juga terdiri daripada kumpulan pemanah seperti dikisahkan dalam perang Badar dan Uhud sehingga lahirnya pemanah handalan seperti Rafi Khadij dan Sa'ad Abi Waqqash.
Daripada Saidina Sa'ad Abi Waqqash, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Belajarlah memanah kerana ia adalah permainan terbaik untuk kamu."(Riwayat Bazzar dan Tabrani).
kitab-1.jpg
Panah Dewasa, Kanak-kanak
Di Malaysia, memanah masih dianggap sukan baharu atau aktiviti riadah yang mula dikomersialkan sejak 2 tahun kebelakangan ini.
Namun, semakin ramai menunjukkan  minat terhadap sukan yang menguji kemahiran dan kesabaran itu.
Menyedari ia satu Sunnah yang kaya pelbagai manfaat, tiga sahabat iaitu Mohd Zaironizam Daud, Muhammad Nazim Ghani, Mas Ilmi Masri menubuhkan Arrouha Sports & Outdoors yang mensasarkan pelbagai alatan memanah hasil buatan tangan yang berkualiti tinggi.
Mohd Zaironizam ketika ditemui Ibrah berkata, mereka menghasilkan sendiri alatan dan aksesori memanah gaya tradisional yang sesuai untuk seisi keluarga daripada kanak-kanak hingga dewasa.
img_0557
"Kami hasilkan alatan memanah daripada busur, anak panah, sehingga kepada aksesori lain yang sesuai digunakan untuk semua peringkat usia".
Pemilik Bersama Arrouha Sports & Outdoors
Kanak-kanak seawal usia empat tahun ada yang sudah berjinak-jinak dalam sukan ini," katanya.
Tambahnya, memanah juga baik bagi menerapkan akhlak dan disiplin tinggi dalam kalangan pemainnya. Ia melatih individu bersabar dan mengawal emosi supaya menjadi lebih tenang.
Apabila emosi pemanah tertekan, panahan amat mudah tersasar.
Busur atau alat pelancar untuk melepaskan anak panah adalah alatan utama dan busur tradisional keluaran Arrouha™ diperbuat daripada bahan mudah lentur iaitu gentian kaca serta buluh bagi memberi impak berkesan pada kelajuannya apabila tali panah ditarik dan dilepaskannya.
Terdapat tiga pilihan busur iaitu X-One berinspirasikan busur Turki dengan reka bentuk moden dan terkini.
2016-10-13-photo-00000151
Busur Anak Awan pula kebiasaannya digunakan oleh pemanah berkuda kerana saiznya lebih kecil dan kompak, sekali gus memudahkan pergerakan ketika beraksi di atas kuda.
Anak Awan Poster_zpsrcmqqcyv
img_0027
Ringan, lasak dan mempunyai variasi corak menarik adalah tarikan kepada busur Lela Kenchana.
IMG_0025.JPG
Ia disyorkan kepada kanak-kanak, manakala bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan memanah, busur Jati Tunggal lebih mudah dikendalikan.
Jati Tunggal Poster_zpsncx5csxt
img_0026
Pemegang busur dibahagian tengah biasanya diperbuat daripada kayu tahan lasak seperti resak, cengal dan balau.
Memanah gaya tradisional kebiasaannya mengikut naluri yang mana bahagian depan anak panah disandar ke atas belakang tangan atau ibu jari pemanah dengan cara menarik serta melepaskan jari tangan.
 bh-21oct2016-2
FullSizeRender.jpg
img_0101
img_0094
img_0111
img_0152
Visit Us Now :
contactUs.png

Arrouha Sports and Outdoors (002299215-T)

No 22, Jalan Mutiara 4/2, Tmn Sri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor

Wednesday, October 12, 2016

Ilham Busur Korean - Harian Metro

Wan Nur Ameera Meor Rozman
bisnes@hmetro.com.my
 
img_46611
 
Hulu Langat: Arrouha Sports & Outdoors (ASO), pengeluar busur tradisional tempatan merancang menampilkan satu lagi rekaan busur diinspirasikan daripada busur empayar Korea pada Disember ini.
Pengasas Bersamanya, Mohd Zaironizam Daud berkata, pengeluaran pelbagai jenis busur oleh ASO mengikut kesesuaian cuaca Malaysia adalah tepat setanding perkembangan sukan memanah tempatan.
 
“Setakat ini, kami mempunyai empat jenis busur termasuk Jati Tunggal yang khusus untuk pemain baru, Lela Kenchana untuk kanak-kanak serta Anak Awan untuk orang dewasa.
“Busur ASO mempunyai keunikan tersendiri kerana ia diperbuat daripada kayu-kayan tempatan antaranya kayu Cengal, Resak, Nyatuh dan Balau hasil kemahiran kerja tangan,” katanya.
Sementara itu, Pengasas Bersama kedua ASO, Muhammad Nazim Ab Ghani berkata, pihaknya sentiasa memastikan kualiti busur keluaran syarikatnya di mana setelah gentian kaca dan kayu disatukan menggunakan gam khas, busur perlu dibiarkan selama tiga hingga tujuh hari untuk memastikan pengeringan berlaku dengan sempurna.
“Busur Anak Awan yang dihasilkan daripada gentian kaca mempunyai reka bentuk khusus untuk pemanah berkuda, Lela Kenchana yang ringan dan mempunyai corak warna menarik sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal empat tahun manakala Jati Tunggal dengan reka bentuk moden pula didatangkan dengan ciri ringan, lasak dan berwarna-warni.
“Dengan kepelbagaian busur yang ditampilkan, kami menyasarkan penjualan busur tersebut berada dalam pasaran Malaysia dan luar negara sebelum akhir tahun,” katanya.
Sementara itu, Mas Ilmi Masri yang turut merangkap Pengasas Bersama ASO berkata, pihaknya merancang memasarkan busur keluaran ASO ke beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Thailand sebelum penghujung tahun ini.
“Bagi menampung permintaan tinggi, kami berhasrat berpindah ke kilang lebih besar dengan keluasan 3,200 kaki persegi berbanding 900 kaki persegi untuk menghasilkan 3,000 unit busur dalam tempoh seminggu berbanding 500 unit untuk saiz kedai sedia ada.
“Busur kami yang dijual pada harga mampu milik bernilai antara RM160 sehingga RM590 boleh dibeli secara terus di bilik pameran kami mahupun menerusi laman sosial Facebook Arrouha Sports and Outdoors,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 7:12 AM
 
IMG_4357[1].PNG
contactUs

Turkish Laminated Bow X-One

The revolutionary laminated limb is specifically engineered to reduce weight and permit flexibility. It is vital to ensure optimal balance and reinforced stability of the designed structure while durability and efficiency are maximised over conventional limbs. This invention allows fast and efficient draw cycles especially for the robust archers.
SPECIFICATIONS
  • Poundage       : 35 - 45lbs
  • Draw Length : 28 Inches
  • Bow Length   :48 Inches
  • BowMaterial : Bamboo, Walnut Wood, Maple Wood, High Strength Fiberglass
  • Handle grip    : Leather
2016-10-13-photo-00000151

Turkish Laminated Bow X-One by Arrouha 
     The bellies are high strength fiberglass. The bamboo are prepared in good engineered with combination of the both sided fiberglass with high strength epoxy. This sandwich system has been made to provide uniform bonding of adhesive. The maple wood are attached as kassan / tip.
     Joint part of the kassan, kabza to sal are wrapped together with nylon thread. Then kabza are attached with soft material for archer comforts.Then the bellies are wrapped with black leather leather. The wrapping at arrow zone are using soft goat leather with lustre applied as protective element.
     Dried sinew are kassan tip are applied for strengthen to nock during release to prevent crack in shear failure of wood grain.It prepared traditionally for as ancient method of application. Yes seem to be easy but need more skill to get in workable. 
     Like the ancient bows, these modern-ancient ones are made without arrow rests. So will be used right- or left- handed. Most folk use a leather glove to protect were the arrow passes over the side of the bow hand. Yeah definitely you may use either Thumb or Mediterranean draw.
     By smooth draw your release is easy and the energy goes into the arrow. Well say no stack at even 28" draw length. 
Finally this bow has been made with inner heart of passion!
By : MZD Arrouha
www.mybusur.com

Please email me for more details
IMG_0033.JPG
Call/Whatsapp : +6019-2781829